9 Januari – Bukan semua orang memiliki tangan berseni yang mampu menghasilkan sesuatu ciptaan mengagumkan.
Tidak bagi Normah Md Said, 69 tahun yang dikurniakan bakat menghasilkan pelbagai replika rumah tradisional mengikut tema negeri-negeri di Malaysia.
Bermula sekadar hobi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), siapa sangka dia kini telah menghasilkan lebih 30 replika rumah tradisional dan moden seperti rumah Terengganu, Balai Polis Bukit Kepong, rumah felda, rumah Melaka, rumah Pahang, rumah Bajau dan banyak lagi.
Ikuti temubual kami bersama pengusaha replika tradisional ini di kediamannya di Kampung Solok Gaung.
🎥 Zaidi Yaacob
#replika #miniatur #rumahtradisional #tradisional #replikarumah #PERZIM #melakahariini #mhi #melakatv #melaka #foryou #fyp