27 Disember – Melaka mencatatkan nilai pelaburan tinggi dari tiga negara bagi tempoh 2019 hingga Jun 2024.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, negara itu adalah Netherlands dengan nilai pelaburan RM8.402 bilion, Hong Kong RM1.749 bilion dan Jepun dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.296 bilion.
Jelasnya, menerusi pelaburan itu sebanyak 11,094 peluang pekerjaan ditawarkan kepada penduduk di negeri ini yang mana sebanyak 2,505 peluang pekerjaan dari Netherlands, 1,230 pekerjaan (Hong Kong) dan 7,359 (Jepun).
#PersidanganKetigaPenggalKetigaDUNMelaka #DUNMELAKA #MELAKA #Kerajaannegerimelaka #SidangDUN #serinegeri #melakahariini #melakatv #mhi