MELAKA BERDUKA CITA

24 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf yusoh mewakili Kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah dan menzahirkan rasa duka cita di atas kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara, malam tadi.

Kemalangan itu mengorbankan tujuh nyawa, termasuk lima sekeluarga.

Ketua Menteri turut berharap semua pemilik kenderaan berat bertanggungjawab dalam memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Terdahulu beliau sempat menziarahi dan menyampaikan salam takziah kepada waris mangsa kemalangan di Hospital Melaka, pagi ini.

#kemalangan #km204 #tujuhmaut #lebuhrayaPLUS #ayerkeroh #ketuamenteri #takziah #melakahariini #melakatv

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy