13 Disember – Industri automotif di Melaka melakar sejarah baharu apabila berjaya memasang 1,000 Kereta Cekap Tenaga (EEV) di kilang pemasangan yang terletak di Kawasan Perindustrian HICOM Pegoh.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kilang berkenaan bukan sahaja membuka dimensi baharu terhadap industri automotif hijau, bahkan turut memacu ekonomi dengan membuka peluang pekerjaan kepada anak Melaka.
“Dalam tempoh setahun, kilang ini sudah mula beroperasi dan berupaya mengeluarkan sebanyak 30 unit kereta EEV sehari dan kini telah mencapai jumlah yang ke-1,000 untuk dihantar dan dieksport.
“Kerajaan Negeri sedia memberikan sokongan penuh kepada mana-mana pelabur yang ingin menjadikan negeri ini sebagai hab pengeluaran kenderaan mereka,” katanya.
#EEV #CekapTenaga #KeretaCekapTenaga #kilang #HICOM #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV