π“π€πŠ 𝐓𝐀𝐇𝐔 ππ€πŠ π’π“π”πƒπ˜ πŒπ€ππ€?

12 Disember – Peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta telah diluluskan bagi mengatasi isu banjir di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata peruntukan tambahan itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

“Peruntukan tambahan RM6 juta ini khusus untuk Parlimen Masjid Tanah sahaja. Antara contoh adalah banjir yang kerap berlaku di Taman Masjid Tanah Ria yang mana kita akan selaraskan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sesi Townhall Hotspot Banjir Kawasan Masjid Tanah di Dewan Japerun Lendu, hari ini.

Program sesi β€˜Townhall’ itu diadakan bagi mengenal pasti permasalahan banjir yang berlaku di dalam lima DUN di bawah Parlimen Masjid Tanah memandangkan setiap lokasi β€˜hotspot’ mempunyai isu yang berbeza-beza.

πŸŽ₯ Zaidi Yaacob

#Banjir #banjirmelaka #townhall #masjidtanah #banjirmasjidtanah #KerajaanNegeriMelaka #Melaka #MelakaHariIni #MHI #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy