RXZ MEMBERS: BUKAN ‘LUNCUR’ SEMATA-MATA

6 Disember – RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 Melaka Attack menghimpunkan peminat motosikal itu
yang menyelitkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilihat dapat mengeratkan lagi talian persaudaraan.

Reaksi tersebut diberikan Paksu Tomoi atau nama sebenarnya Ismail Abdullah, 69 tahun yang merupaka antara peserta dari utara himpunan RXZ Members di Dataran MITC yang selamat sampai di Melaka pagi tadi.

Katanya, program itu bukan suatu perkara sia-sia sahaja kerana ia secara tidak langsung merapatkan hubungan anak muda dengan masyarakat seusianya.

“Berhati-hati sepanjang di jalan raya, hormat-menghormati antara satu sama lain, solat diutamakan dahulu kerana itu kepentingan kita,” katanya.

Terdahulu, dia ditemui pada Majlis Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RXZ Members bersama Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Telok Mas (MTQQTM) dihadiri.Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

#RXZ #rxzmember #members #rxzmembers #luncur #viral #melaka #mitc #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy