SASAR 3,000 SERTAI JELITA SETIAP TAHUN

4 Disember – Program Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement (JELITA) menyasarkan sekurang-kurangnya 3,000 peserta pada setiap tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program itu mencipta perubahan signifikan bagi wanita dalam bidang TVET dan seterusnya melahirkan graduan wanita yang kompetitif serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian 4.0.

Katanya, program di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu sebelum ini menetapkan sasaran 15,000 penyertaan dalam tempoh lima tahun.

#JELITA #job #empowerment #TVET #Teknikal #Vokasional #UTeM #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy