3 Disember – “Melaka merupakan negeri yang memiliki harga pasaran rumah yang terendah di Malaysia,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) antara Lembaga Perumahan Melaka dan TT Gratia Land Development di Seri Negeri, hari ini.
Katanya, projek itu akan dilaksanakan di tapak berkeluasan 39.27 hektar di lot tanah PT 3556 Mukim Machap, Alor Gajah yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Menerusi perjanjian itu secara keseluruhan TT Gratia Land Development akan membangunkan sebanyak 998 unit kediaman.
🎥 Zaidi Yaacob
#Rumah #RumahMampuMilik #RMM #perumahan #perumahanmelaka #hargarumah #melakahariini #mhi #melakatv