1 Disember – Liga Hoki Melaka akan kembali dianjurkan bermula 29 Disember 2024 sehingga penghujung Februari 2025.
Presiden Persatuan Hoki Melaka (PHM), Datuk Rais Yasin berkata, ia selepas kali terakhir Liga Hoki Melaka dianjurkan pada 2018.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka itu turut berkata, bagi kejohanan kali ini, hadiah bernilai keseluruhan hampir RM25,000 ditawarkan kepada pemenang.
“Kategori dipertandingkan ialah lelaki dan perempuan bawah 12 tahun; 15 tahun dan terbuka.
“Insya-Allah nanti semua pihak sudah boleh bersedia kerana ini adalah percuma terutama sekolah yang mana mempunyai pasukan hoki,” katanya.
🎥 Zaidi Yaacob
#hoki #ligahokimelaka #hokimelaka #melaka #PersatuanHokiMelaka #melakahariini #mhi #melakatv