27 November – Biasakan dengar..
“Daripada bagi ikan, kita bagi dia pancing?”
Itu yang dilakukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang bukan hanya menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada golongan asnaf namun turut menyediakan peluang untuk penerima bantuan mencari pendapatan tambahan dengan bertugas sebagai Sukarelawan MAIM.
Setiausaha MAIM, Shaifulfazlee Mohamad berkata, menerusi Sukarelawan MAIM, mereka yang layak akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dan akan diberi elaun bulanan bagi menambah pendapatan keluarga.
🎥 Zaidi Yaacob
#sukarelawan #sukarelawanmaim #pancing #maim #majlisagamaislammelaka #melaka #melakahariini #mhi #melakatv