LIMA PROJEK BERNILAI RM28.6 JUTA BERJAYA DISIAPKAN

16 November – Sebanyak lima projek siap berjaya diserahkan kepada kerajaan negeri melibatkan peruntukan Persekutuan sebanyak RM28.6 juta.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lima projek siap yang diserahkan adalah Projek Pemulihan Muara Sungai Di Negeri Melaka – Muara Sungai Baru, Projek Pemulihan Muara-Muara Sungai Di Negeri Melaka – Muara Sungai Punggor, Projek Mencegah Hakisan Pantai Telok Gong, Kerja-Kerja Pemasangan Dan Naik Taraf Peralatan Mekanikal dan Elektrik Bagi Stesen Rangkaian Hidrologi Nasional (RHN) sertaP rojek Pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Negeri Melaka Untuk Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB) Fasa 2.

#banjir #masjid tanah #melaka #abraufyusoh #fadillahyusof #petra #kementerian #manalagimelakaler #melakatv #melakahariini #alorgajah #projek

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy