14 November – Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan dan beroperasi sepenuhnya pada 2026.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, projek MICT itu berpotensi untuk meningkatkan pertambahan pelancong dari serata dunia ke negeri ini menerusi persinggahan kapal mewah di terminal tersebut.
Katanya, menjelang hujung tahun 2025 Melaka bakal mempunyai sebuah jeti berbentuk L yang mampu menampung satu unit Kapal ‘Oasis of the Seas’ dengan kapasiti maksimum 8,880 penumpang dan anak kapal di Dermaga Luar.
“Manakala, bagi Dermaga Dalam, ia mampu menampung satu unit Kapal ‘Freedom of the Seas’ dengan had maksimum 5,875 penumpang dan anak kapal,” katanya.
#MICT #MelakaInternationalCruisetTerminal #TerminalKapalPersiaranAntarabangsaMelaka #MelakaGateway #OasisOfTheSeas #FreedomOfTheSeas #Melaka #Kapal #tahunmelawatmelaka2024 #tmm2024 #abraufyusoh #manalagimelakaler #melakahariini #melakatv