HAWA, NGO Bantu Serlahkan Lagi Pesona Pelancongan melaka

14 November – Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (Hawa) bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain diseru agar terus memberikan sokongan dalam mempromosikan lagi pelancongan di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peranan Hawa misalnya berupaya menyerlahkan lagi pesona dimiliki Melaka sebagai sebuah pusat pelancongan bertaraf dunia.

Katanya, menerusi kerjasama semua pihak ini dapat membuka mata masyarakat dari dalam dan luar negara untuk menghargai keunikan negeri bersejarah ini.

“Kehadiran pelancong telah melebihi 11.25 juta setakat hari ini dan kita juga telah dipilih menjadi tuan rumah Hari Pelancongan Dunia tahun depan,” katanya.

🎥 Faris Haikal Zakaria

#HAWA #Wanita #NGO #ManaLagiMelakaLer #TahunMelawatMelaka #lapanganterbang #rxz #Melaka #Pelancongan #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy