PELBAGAI AKTIVITI DISAJIKAN BUAT PENGUNJUNG MAHKOTA PAEADE

10 November – Lebih 300 peserta daripada pelajar Dynamix Studio menampilkan persembahan bertenaga mereka pada program Dynamix Dance Recital @ Mahkota Parade sempena sambutan ulang tahun ke-30 pusat beli-belah itu.

Program itu telah dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Selain persembahan tarian, nyanyian dan alat muzik, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa membuatkan pusat beli-belah itu sentiasa menjadi pilihan orang ramai.

🎥 Hasbullah Azhar

#MahkotaParade #MP #Melaka #DynamixRecital #Dance #mahkotaparademelaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy