6 November – Pembangunan kawasan luar bandar dan pemerkasaan masyarakat desa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri Melaka dalam membina negeri lestari.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, perkara itu menjadi antara tunjang yang diberi perhatian memandangkan kawasan luar bandar akan menjadi penyumbang utama kepada kemakmuran negara pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sebuah hotel, malam ini.
🎥 Faris Haikal Zakaria
#MEXCLUB #Desa #KemajuanDesa #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV