MTSB BAKAL PERKENAL VR PARK, YAKIN SASAR 700,000 PENGUNJUNG

4 November – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) bakal memperkenalkan produk baharu iaitu Taman Realiti Maya (VR Park) yang dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Nasrul Ahmad berkata, cadangan VR Park tersebut merupakan antara strategi MTSB dalam menambah produk baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk utamanya, Menara Taming Sari.

Beliau turut yakin sehingga Disember nanti, Menara Taming Sari mampu mencapai jumlah sasaran iaitu 700,000 pengunjung rentetan berlaku peningkatan iaitu 500,000 pengunjung setakat Oktober tahun ini berbanding 400,000 tempoh sama tahun lalu.

🎥 Hamzatul Akmar

#menaratamingsari #mtsb #tamingsari #tahunmelawatmelaka #tmm2024 #VisitMelaka2024 #melakahariini #mhi #melaka #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy