MELAKA BERPOTENSI JADI NEGERI ‘CRUISE TOURISM’

4 November – Melaka mempunyai potensi menjadi sebuah ‘homeport’ bagi syarikat perkapalan dunia pada masa akan datang, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, ia sejajar dengan kemasyhuran Selat Melaka yang telah menjadi laluan perdagangan antarabangsa strategik sejak berabad lalu.

Tambahnya, setiap tahun kira-kira 90,000 kapal mengangkut suku daripada dagangan dunia seperti minyak, gas dan produk pengguna melalui Selat Melaka.

🎥 Zaidi Yaacob

#SelatMelaka #perkapalan #cruise #tourism #Melaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy