JETI TERMINAL KAPAL ‘CRUISE’ BEROPERASI TAHUN HADAPAN

4 November – Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka dijangka akan mula beroperasi selewat-lewatnya pada Jun tahun depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Jelasnya, pembinaan terminal yang menelan kos RM682 juta itu sudah mencapai hingga 50 peratus.

“Mengikut terma kontrak yang kita telah berikan ia mesti disiapkan pada hujung tahun ini tetapi ada beberapa masalah teknikal.

“Saya melihat selewat-lewatnya Jun tahun depan jeti ke cruise akan mula beroperasi dan setakat hari ini. Saya lihat kedudukan pembinaan dan pembangunan jeti ini berada pada kadar 45 hingga 50 peratus siap,” katanya.

🎥 Zaidi Yaacob

#Cruise #terminal #kapal #kapalpersiaran #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV #melaka #VisitMelaka2024

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy