PENGUNJUNG BERPUAS HATI LAWAT KUAM 2024

2 November – “Rasa puas hati dan sangat berbaloi”, itu antara luahan pengunjung Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 ketika berkunjung pada hari ketiga karnival berprestij tersebut berlangsung.

Diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, karnival udara yang sarat dengan pelbagai aktiviti itu ternyata memikat kesemua pengunjung dari dalam serta luar Melaka.

Tunggu apa lagi, jom ke KUAM 2024 esok yang merupakan hari terakhir karnival tersebut. Rasai pengalaman lain dari yang lain, hanya di Melaka.

Mana Lagi, Melaka Ler…

🎥 Hamzatul Akmar

#KUAM2024 #melaka #melakahariini #mhi #melakatv

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy