29 Oktober – Minggu Sains Negara(MSN) Peringkat Negeri Melaka 2024 mendapat sambutan luar jangkaan, kata Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan.
Katanya, mengikut rekod, seramai 23,000 pengunjung dan peserta membanjiri Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah bagi memeriahkan program berkenaan.
“Melaka telah mengatasi negeri lain. Ini satu petanda yang baik menunjukkan bahawa ramai generasi muda mula meminati Sains, Teknologi dan Inovasi,” katanya.
🎥 Hasbullah Azhar
#MSN2024 #minggusainsnegara #melaka #minggusainsmelaka #uitm #melakahariini #mhi #melakatv
Views:
4 views