TIGA NEGERI KOMITED JAYAKAN INISIATIF KORIDOR EKONOMI ANJUNG SELATAN

28 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor sepakat serta menyatakan komitmen untuk menjayakan inisiatif Koridor Ekonomi Anjung Selatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, usaha itu dilihat bakal menjadi pemangkin kepada pertubuhan ekonomi di kawasan sempadan ketiga-tiga negeri.

Katanya, antara projek-projek yang akan menjadi keutamaan menerusi koridor tersebut adalah projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Jelapang Padi Selatan dan Pembangunan zon ekonomi seperti Maharani Gateway, Straits Melaka Water Front Economic Zone serta Smart Artificial Intelligence (AI) Container Port di Port Dickson, Negeri Sembilan.

#koridor #AnjungSelatan #ekonomi #koridorekonomi #melaka #negerisembilan #johor #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

no views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy