25 Oktober – Syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot yang memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dengan beroperasi lima kali seminggu membawa satu lembaran baharu dalam industri penerbangan negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain mewujudkan laluan udara Melaka-Singapura, syarikat itu turut berhasratĀ untuk melebarkan jajarannya dengan mewujudkan penerbangan serantau ke Sumatera melalui Melaka sekali gus mampu menghubungkan Melaka kepada dunia.
#scoot #LTAM #aburaufyusoh #melaka #melakahariini #melakatv #singapura #batuberendam #tmm2024 #manalagimelakaler #batuberendam
Views:
no views