KECERIAAN MASYARAKAT INDIA MASJID TANAH

21 Oktober – Tanpa mengira kaum dan agama sebaliknya kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan seluruh rakyat di negeri ini khususnya pada musim perayaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia termasuklah kepada masyarakat India yang banyak menyumbang kepada kelestarian pembangunan Negeri Melaka.

“Sempena pesta cahaya tahun ini kita menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima berupa kit makanan.

“Dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Deepavali Peringkat Masjid Tanah anjuran MIC Bahagian Masjid Tanah, Pertubuhan Kebajikan India TLSA dan Malaysian Indian Youth Council (MIYC) Cawangan Masjid Tanah di perkarangan Masjid Tanah Sentral, malam tadi.

🎥 Zaidi Yaacob

#deepavali #pestacahaya #India #deepavali2024 #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

3 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy