HSN MELAKA 2024 GAMAT DENGAN PELBAGAI AKTIVITI SUKAN

13 Oktober – Dianggarkan kira-kira 20,000 memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2024 di Memorial Prngisytiharan Kemerdekaan, malam tadi.

Sambutan HSN Melaka 2024 yang buat julung kalinya diadakan pada waktu malam itu menampilkan pelbagai acara sukan seperti Larian Ria Madani, Night Run dan Family Walk membabitkan penyertaan peserta berbilang kaum dan usia.

Selain itu, terdapat acara sukan lain seperti ‘stacking cup; wall-climbing, ‘chap teh’, dam haji dan permainan tradisional, kelereng turut memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

Laporannya bersama wartawan lokasi, Mohd Faiz Abu Hasan.

🎥 Zaidi Yaacob

#harisukannegaramelaka #fitnessmelaka #sukanmelaka #hsn2024 #harisukannegara #melaka #manalagimelakaler #bandahilir #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

5 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy