8 Oktober -Televisyen wilayah pertama negara, TV Sarawak (TVS) sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka bagi berkongsi keistimewaan antara kedua-dua negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group Sdn Bhd (SMG), Kushairi Abang berkata, antara perkongsian yang bakal ditampilkan adalah membabitkan aspek sejarah, warisan dan pelancongan.
Menurutnya, perkongsian itu bukan sahaja menguntungkan kedua-dua belah pihak, sebaliknya mengangkat martabat warisan Negeri Melaka dan Sarawak untuk dipromosikan ke seluruh Malaysia.
🎥 Hasbullah Azhar
#TVS #tvsarawak #promosi #tahunmelawatmelaka2024 #melaka #sarawak #melakahariini #mhi #melakatv
Views:
no views