Melaka Explorace Diteruskan Tahun Hadapan

6 Oktober – Pertandingan mencari harta karun Melaka Explorace anjuran kerajaan Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) akan diteruskan pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan negeri akan meneruskan pertandingan itu sempena pelantikan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) yang akan berlangsung pada September 2025.

Terdahulu, kumpulan Lipan Bara muncul juara Melaka Explorace bagi kategori terbuka, sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000.

#melaka #explorace #melakaexplorace #WTD #WTC #tahunmelawatmelaka #TMM2024 #VisitMelaka2024 #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Shares
© 2025 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy