220 Sukarelawan Sertai Program Litter Picking / Plogging MBMB

BANDA HILIR 04 OKTOBER 2024. Seramai 220 orang sukarelawan mengambil bahagian dalam “Program “Litter Picking/ Plogging”, Bandaraya Ekosistem Bersih Aspirasi Semua (BEBAS) anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB yang diadakan di sekitar Pesisir Pantai Pulau Melaka dan Masjid Selat.

Anggota yang terlibat adalah daripada Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya MBMB, individu Sukarelawan Bebas MBMB dan Syarikat Nokia Malaysia.

Operasi ini diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya MBMB, Encik Noor Azran Bin Nordin.

Kerja-kerja pembersihan bermula jam 10 pagi dengan mengutip sampah di sekitar pesisiran pantai.

Mana Lagi, Melaka Ler…

🎥: Sukarelawan / MBMB

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia – Unesco
‘Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia’
#MembangunMalaysiaMadani
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat
#SejahterakanBandarayaku
#MelakaHistoricCityCouncil
#MBMB2Dekad
#GemilangBersamaWargaBandaraya
#melakahariini
#pulaumelaka
#masjidselat

Views:

2 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy