27 September – Melaka dipilih sebagai salah sebuah pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Aras Tinggi atau Hi-TVET.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang Hi-TVET itu telah dimulakan di Melaka melalui Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan memberi fokus kepada bidang kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT) dan robotik.
Jelas beliau, UTeM telah menyelaraskan program itu bersama empat lagi universiti termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam memenuhi keperluan tenaga kerja dengan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) ke negara ini.
#TVET #Teknikal #Vokasional #HiTVET #UTeM #TimbalanPerdanaMenteri #belia #kemahiran #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV