MAIM beri peluang mualaf ‘naik pelamin’ lebih awal

25 September – Gembira, terharu dan syukur kerana niat untuk menghalalkan hubungan akhirnya tercapai bagi lima pasangan pada Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Mualaf Negeri Melaka Siri 2 Bagi Tahun 2024M/1446H, baru-baru ini.

Ditanya mengenai kisah perkahwinan mereka, Muhammad Zaki Mohd Hairi, 30 tahun dan isterinya Nur Allisa Nilon, 28 tahun sama sekali tidak menyangka bakal diijabkabulkan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

“Sepatutnya saya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini namun majlis itu dipercepatkan apabila Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Balai Islam menawarkan kami untuk sertai program ini,” kata Zaki.

🎥 Aufa ‘Izzati

#MAIM #MajlisAgamaIslamMelaka #mualaf #kahwin #kahwinmualaf #walimatulurus #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

38 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy