21 September – Melaka masih mengekalkan status sebagai negeri yang menawarkan harga rumah terendah di Malaysia iaitu pada harga purata RM233,255.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bilangan rumah tidak terjual di Melaka juga amat rendah iaitu hanya membabitkan 514 unit, berbanding negeri-negeri lain yang mencatat purata lebih 2,900 unit rumah tidak terjual.
“Melaka optimis menyasarkan peratus pemilikan rumah di negeri ini terus meningkat sehingga 88 peratus menjelang tahun 2030 di mana sekurang-kurangnya sebanyak 4,191 unit rumah yang perlu dibina dalam tempoh setahun,” katanya.
#rumah #rumahmurah #rumahmelaka #KerajaanNegeriMelaka #melaka #melakahariini #mhi #melakatv
Views:
29 views