Terharu Kerja Keras Dibalas Dengan Kejayaan Ke Mesir

18 September – Usaha tidak pernah mengkhianati hasil.

Berkat kerja keras Nur Syahida Adilla Ahmad Syakir, 19 tahun untuk cemerlang dalam akademik akhirnya membawanya ke destinasi impian iaitu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.

Syahida adalah antara 18 orang anak jati negeri ini yang menerima Skim Dermasiswa Pengajian Islam
(DPI) ke luar negara bernilai RM28,000 daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dan bantuan ‘one-off’ RM3,500 daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Ikuti kisah penuh inspirasi ini menerusi temubual Melaka Hari Ini pada Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Dataran Pusat Islam, Bukit Palah.

🎥 Hasbullah Azhar

#MAIM #MaulidurRasul #Anugerah #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

15 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy