Pelbagai Pengisian Agama Sepanjang Rabiulawal Ini-KM

16 September – Pelbagai aktiviti keilmuan dan kerohanian telah disusun sepanjang bulan Rabiulawal ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Antaranya ceramah agama perdana, forum perdana, diskusi agama dan
program seperti Malam Semarak Kesenian Dakwah yang menampilkan kumpulan nasyid tanah air mengalunkan lagu- lagu kerohanian dan ketuhanan serta Majlis Maulid Arbaiin.

Terdahulu, pada Sambutan Maulidur Rasul 1446 Hijriyyah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 Masihi, seramai 6,398 umat Islam di negeri ini berarak sambil mengalunkan qasidah dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW sepanjang 3.91 kilometer (km), pagi tadi.

Perarakan itu diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

🎥 Hasbullah Azhar

#maulidurrasul #NabiMuhammad #KerajaanNegeriMelaka #melakahariini #mhi #melakatv

Views:

15 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy