Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 Bermula Meriah

14 September – Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024 menjadi medan terbaik untuk seisi keluarga menyertai pelbagai aktiviti disediakan.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati meskipun cuaca panas terik tidak menghalang pengunjung untuk membanjiri tapak Pesta Pantai Tanjung Bidara 2024.

Menurut pengunjung dari Kuala Linggi, Aini Nin Abi, 51 tahun, dia bersama enam lagi ahli keluarganya telah hadir seawal jam 9 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk pertandingan karaoke dan mewarna.

Menurutnya, penganjuran Pesta Pantai Tanjung Bidara itu merupakan program yang sangat baik dan wajar dianjurkan setiap tahun.

#PestaPantai #pesta #pantai #pestapantaitanjungbidara #tanjungbidara #TMM2024 #tahunmelawatmelaka2024 #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

8 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy