Tak ramai yang tahu tentang wakalah ini.

Wakalah ialah dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka kepada agensi atau syarikat yang membayar zakat melepasi kadar ditetapkan untuk diagihkan sendiri kepada asnaf yang layak.

Mana-mana agensi yang berhasrat melaksanakan sumbangan wakalah, insya-Allah MAIM sedia beri bekerjasama.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

” Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” – Surah al-Baqarah Ayat 261.

#Wakalah #MAIM #ZakatMelaka #BantuanAsnafMelaka #IslamicPublicBank #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy