MATTA Fair 2024 Melancong Dapat, Motosikal Pun Dapat

4 September – “Saya tak pernah menang cabutan bertuah, tak sangka kali pertama masuk terus menang hadiah utama sebuah motosikal,” kata Lim Teck Koon, 65 tahun.

Teck Koon membawa pulang motosikal bernilai RM5,000 itu selepas menyertai cabutan bertuah disediakan MATTA Fair Melaka 2024 dengan membeli pakej percutian ke luar negara bersama isteri.

Terdahulu, seramai 20 pemenang menerima hadiah cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM20,000 disampaikan Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka, Goh Hock Gin, semalam.

#MATTAFairMelaka #TourismMelaka #BPPMelaka #ManaLagiMelakaLer #PakejPelancongan #EjenPelanconganMelaka #TourismAgentMalaysia #MATTAFair2024 #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy