Melaka Jadi Pilihan Jenama-Jenama Besar

31 Ogos – Melaka dijangka akan menjadi destinasi pilihan bagi syarikat atau jenama-jenama besar dalam dunia peruncitan pada tahun-tahun mendatang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu susulan kawasan tambakan laut di negeri ini yang merupakan antara kawasan zon ekonomi baharu Straits of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) mula menjadi pilihan pelabur.

Jelas beliau, ia dapat dilihat apabila sebuah pasar raya premium yang terkenal di Malaysia membuat pelaburan kira-kira RM10 bilion bagi membangunkan outlet pertamanya di Negeri Melaka.

“Dengan adanya kewujudan pusat perniagaan baharu seperti ini (Jaya Grocer di Limbongan), ia dapat mencerminkan bahawa rakyat Melaka akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Pastinya, kita menjangkakan lebih banyak jenama-jenama besar akan masuk ke Melaka dan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi baharu di sepanjang kawasan SMWEZ yang bakal dibangunkan secara terancang selepas ini,” katanya pada satu sidang media, pada Sabtu.

#Melaka #pelaburan #pelaburanmelaka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV #Klebang

Views:

3 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy