1 September – Sebanyak 17 pasukan ragbi seluruh negara berentap merebut gelaran juara pada Kejohanan Melaka International Rugby 10s.
Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Zury Rahimee Zainal Abiden berkata, kejohanan diadakan itu bersempena ‘Karnival Merdeka Kehidupan Lebih Baik, Bersama Bank Muamalat’ yang mengangkat tema perpaduan, kebersamaan dan patriotisme dengan pengisian aktiviti yang menarik untuk para pengunjung.
“Bank Muamalat tahun ini tampil dengan kelainan bagi menyambut bulan kemerdekaan serta meraikan ulang tahun penubuhan bank ini yang ke-25. Melaka dipilih sebagai lokasi terbaik penganjuran karnival ini, sekali gus memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.
Terdahulu, majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
#TMM2024 #ragbi #kejohananragbiantarabangsa #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat #muamalat #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV