Melaka Bawa Tuah Buat Anak Alor Setar

31 Ogos – Anak kelahiran Kedah, Hanan Hanif, 18 tahun, terkejut apabila namanya dipanggil sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah membawa pulang sebuah motosikal pada Sambutan Ambang Kemerdekaan 2024 Peringkat Negeri Melaka, malam tadi.

Dia yang merupakan seorang pelajar semester 1 di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka menyifatkan hadiah tersebut merupakan petanda positif buatnya lebih semangat untuk menuntut pelajaran di sini.

#kedah #melaka #motosikal #MalaysiaMadani #JiwaMerdeka #Ambang #AmbangKemerdekaan #Malaysia #Merdeka #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

24 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy