40,000 Sambut Merdeka Di Banda Hilir

31 Ogos – Dianggarkan seramai 40,000 pengunjung terdiri daripada rakyat Melaka dan pelancong membanjiri Persiaran Jalan Merdeka bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka.

Walaupun keadaan cuaca hujan sejak awal pagi, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan ke-67.

Turut mencuri tumpuan, perarakan sebanyak 845 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, selain aset pasukan beruniform dan kelab-kelab permotoran.

#Merdeka67 #Kebangsaan #Merdeka #Malaysia #Kemerdekaan #Tanggal31 #31Ogos #BandaHilir #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV

Views:

41 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy