‘Bijak SPM’ Perkasa Mutu Pendidikan Melaka

30 Ogos – Kerajaan Negeri Melaka memperuntukkan RM639,800 bagi melaksanakan program pemerkasaan pendidikan iaitu Program Bijak SPM khusus buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, program yang sebelum ini dikenali sebagai Care SPM bertujuan meningkatkan Gred Purata SPM dan Peratus Layak Sijil SPM Tahun 2024 sekali gus merealisasikan aspirasi sistem kecekapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

“Oleh itu, kita melancarkan sebuah program pemerkasaan pendidikan buat 12,796 calon SPM 2024 menerusi Program Bijak SPM yang akan dilaksanakan di semua daerah di negeri Melaka ini.

“Sebagai tanda keprihatinan, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM639,800 untuk dimanfaatkan kepada 99 buah sekolah menengah di seluruh Melaka,” katanya.

#BijakSPM
#SPM
#SijilPelajaranMalaysia
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

17 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy