20 Ogos – Melaka bakal menerima lebih 200,000 pelancong menerusi persinggahan kapal persiaran mewah Genting Dreams Cruise dari Singapura bermula 10 November depan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu bakal dibawa masuk oleh pengendali kapal persiaran mewah terbabit, Resort World Cruises menerusi pakej baharu ‘2 Night Cruises’ yang menghubungkan Singapura ke Melaka.
Menurutnya, kapal persiaran mewah tersebut akan singgah ke Melaka setiap hari Isnin selama 52 minggu dengan tempoh 12 jam masa persinggahan sebelum meneruskan semula perjalanan.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Cruise #GentingDreamsCruise #KerajaanNegeriMelaka #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat #pelancongan #tourism #MelakaHariIni #MHI #MelakaTV