16 Ogos – Atas dasar keprihatinan, Kerajaan Negeri bersetuju memberi bantuan khas dalam bentuk rebat air percuma bagi bulan Ogos bertujuan meringankan beban beban semua mangsa banjir di Parlimen Masjid Tanah dan Alor Gajah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, rebat air percuma bakal memanfaatkan 3,521 akaun pengguna Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di kawasan terjejas banjir.
Katanya, bagi mendapat rebat berkenaan mangsa perlu membuat permohonan kepada SAMB dan mengemukakan bersama salinan laporan polis atau pengesahan bahawa premis mereka terjejas akibat banjir daripada agensi berkenaan.
“Inisiatif rebat air percuma satu bulan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM177,453.50,” katanya pada sidang media khas di Bilik Bijasura, hari ini.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#BanjirMelaka
#BanjirMasjidTanah
#KerajaanNegeriMelaka
#BantuanKhas
#RebatAirPercuma
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV