13 Ogos – Seorang pesakit buah pinggang terpaksa meneruskan rawatan dialisis meskipun kediamannya di Taman Seri Bayu 2, Alor Gajah dinaiki air akibat banjir yang melanda penempatannya, Ahad lalu.
Ibunya, Junaidah Othman, 59, berkata, ketika kejadian dia berada di kampung halamannya di Bertam Hulu dan hanya mengetahui kawasan itu dilanda banjir selepas dihubungi anaknya menggunakan panggilan video.
“Saya amat risau kerana ketika itu anak sulung sedang menjalani rawatan dialisis.
“Namun saya bersyukur Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam Roslan sudi membantu memindahkan anak saya ke sebuah hotel terletak berhampiran,” katanya.
Terdahulu, Junaidah serta 160 lagi mangsa di PPS Masjid Ar-Rasyidin, menerima kunjungan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam diiringi Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selain Fairul Nizam selaku Penyelaras Dewan Udangan Negeri (DUN) Rembia.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#Banjir
#MasjidArRasyidin
#dialisis
#banjirmelaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV