Melaka ‘Duta’ Promosi Nanas

11 Ogos – Negeri Melaka memainkan peranan penting dalam membantu Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempromosikan buah-buahan itu hingga ke luar negara.

Pengerusinya, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, meskipun Melaka sebuah negeri yang kecil dan tanaman nanasnya tidak sehebat Sarawak dan Johor namun negeri pelancongan itu memainkan peranan penting sebagai duta tidak rasmi untuk mempromosikan buah-buahan itu.

Tedahulu, sebanyak lebih 1,500 nanas diedarkan kepada orang ramai sempena sambutan Jelajah Hari Nanas Peringkat Negeri Melaka di perkarangan Bangunan Stadthuys malam tadi.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka Dr Muhammad Akmal Salleh.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#nanas
#jelajahharinanas
#menaratamingsari
#mtsb
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

7 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy