EX COMSEC 2024: Pentingnya Peka Isu Ancaman Keganasan – TPM

11 Ogos – Biarpun Malaysia berada pada kedudukan negara ke-10 terselamat mengikut Global Peace Index namun ia bukanlah tiket untuk terus leka dalam ancaman keselamatan dunia yang lebih dinamik dan mencabar kini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia memandangkan negara turut menghadapi ancaman dalam dan luar berkaitan ‘lone wolf’ malah radikalisasi melalui media sosial dan propaganda ekstremis boleh mempengaruhi individu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.

Justeru, katanya, penganjuran Program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh (EX COMSEC) 2024 adalah salah satu usaha Kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat berada pada tahap yang paling optimum.

🎥 Aufa ‘Izzati

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#excomsec
#melakaenergypark
#sungaiudang
#latihan
#demonstrasi
#keganasan
#Malaysia
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

16 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy