10 Ogos – Sebanyak 487 koperasi di Melaka berjaya menjadi antara penyumbang peningkatan ekonomi negeri dengan merekodkan jumlah perolehan sebanyak RM156 juta setakat 31 Disember tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, angka itu sekali gus menjadi yang tertinggi pernah direkodkan sejak tahun 2018, di samping turut mencatatkan jumlah modal syer dan saham terkumpul sebanyak RM109 juta serta RM557 juta aset.
Tambah beliau, jumlah perolehan terkumpul yang dicatat sehingga 31 Disember 2023 pula adalah berjumlah RM109.25 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM51 juta berbanding rekod tahun 2022.
🎥 Hasbullah Azhar
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#HariKoperasiNegara
#HKN
#Koperasi
#KetuaMenteri
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV