Ekspo Islam Perkenal Melaka Pada Negara Luar

5 Ogos – Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa (IITTE) 2024 menjadi medium memperkenalkan Melaka kepada tokoh-tokoh luar negara.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, sambutan dilihat menggalakkan dengan penyertaan seramai lebih 300 delegasi luar negara telah hadir memeriahkan ekspo berkenaan.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ekspo itu bukan sahaja dapat mengembangkan bidang perniagaan dan perkhidmatan, malah hubungan di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung mengharumkan nama Malaysia.

IITTE 2024 bermula 1 hingga 4 Ogos itu menawarkan lima program utama iaitu Persidangan IITTE 2024, Ekspo Pameran dan Jualan, Ekspo Jualan Makanan, Pameran Sejarah Kehidupan Rasulullah Untuk Penghayatan Kehidupan Kini serta Persembahan Kebudayaan Islam.

Melaka telah dipilih sebagai negeri pertama dalam penganjuran julung kali dianjurkan syarikat GISB Holdings (GISBH).

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#Ekspo
#Pelancongan
#Islam
#IITTE
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

10 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy