4 Ogos – “Datang malam lagi ‘best’, tak panas,” kata pengunjung, Marizta Omar yang berkunjung ke Zoo Melaka pada Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Ogos 2024.
Marzita berkata, dia gembira melihat keterujaan dua anaknya apabila dapat melihat haiwan nokturnal di Zoo Melaka.
“Pada saya waktu malam lebih mudah membawa anak-anak berjalan kerana di Zoo Melaka ini apabila siang panas, malam lebih redup,” katanya.
Dengan kadar bayaran RM10 bagi satu tiket dan RM40 untuk lima tiket, lokasi haiwan nokturnal yang boleh pengunjung lawati adalah gajah, harimau, singa, zirafah, buaya, spesis musang dan spesis reptilia (rumah reptilia).
🎥 Hasbullah Azhar
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#ZooMelaka
#MelakaNightlife
#BilaLarutMalam
#MelakaBilaLarutMalam
#Melaka
#VisitMelaka2024
#TMM2024
#TahunMelawatMelaka2024