1 Ogos – Kira-kira 20 syarikat dan pempamer daripada 20 buah negara dihimpunkan pada Ekspo Perdagangan dan Pelancongan Islam Antarabangsa 2024 (IITTE) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sehingga Ahad ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, IITTE dianjurkan empat hari bermula hari ini hingga Ahad melibatkan lebih 300 gerai pameran serta jualan pelbagai produk muslim serata dunia.
Katanya, ekspo dianjurkan GISB Holdings (GISBH) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, dilihat mampu memperkasakan pelancongan Islam bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Melaka dipilih sebagai negeri pertama bagi penganjuran IITTE bagi tahun ini, pelbagai syarikat menjual pelbagai produk dagangan seperti pelancongan, pertanian, penjagaan kesihatan, perbankan dan sebagainya.
“Kita bercadang untuk jadikan IITTE sebagai program tahunan Negeri Melaka,” katanya pada sidang media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merasmikan ITTE 2024 diadakan di Dewan A MITC, hari ini.
Katanya, selain mempromosikan cabang pelancongan agama di Melaka, IITTE yang menerapkan konsep ‘Islam Cara Hidup’ diharap dapat membudayakan serta menyuburkan lagi semangat penyatuan dalam kehidupan setiap individu di negara ini termasuk golongan bukan muslim.
Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv
#IITTE
#pelanconganislam
#Melaka
#MITC
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV