Kursus Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM)

29 Julai – Peluang yang disediakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Balai Islam memperkenalkan kursus Sijil Asas Pengajian Islam Mualaf (SALAM) digunakan sepenuhnya oleh warga emas yang juga mualaf Mohd Herman Boon Tom Abdullah, 64 tahun untuk terus mendalami ilmu agama serta kefahaman tentang Islam.

Katanya, meskipun sudah memeluk Islam sejak 1983, namun dia dari semasa ke semasa mempelajari dan menambah pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi dalam membantu saudara baharu yang lain.

“Ilmu ini kita kena pupuk, amalkan serta ditingkatkan agar iman di dada kekal teguh tidak kira apa juga cabaran atau di mana kita berada.

“Jadi untuk memastikan kita berdiri sebaris dengan orang yang asalnya Islam, kita perlu tingkatkan jati diri dengan menyertai majlis ilmu untuk itu bagi saya walaupun di usia begini ia bukan penghalang,” katanya.

Terdahulu, Majlis Konvokesyen Sijil SALAM 2023 telah disempurnakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Ikuti kami di Telegram:
https://t.me/melakatv

#MajlisAgamaIslamMelaka
#MAIM
#SALAM
#Melaka
#MelakaHariIni
#MHI
#MelakaTV

Views:

199 views

Shares
© 2024 Melaka TV - WordPress Theme by WPEnjoy